Hilang Gelap Datang Terang

Filem Hilang Gelap Datang Terang ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan oleh syarikat Merdeka Film Enterprise dengan berkerjasama dengan Usmar Ismail (Perfini) di Jakarta. Filem Hilang Gelap Datang Terang ini telah diarahkan bersama oleh Ho Ah Loke dan Usmar Ismail dengan keseluruhan penggambaran dilakukan di Indonesia, dengan bintang-bintang utamanya yang terdiri dari Maria Menado, Rendra Karno dan Chitra Dewi selain Dollah Sarawak.[1]